Wednesday, April 29, 2009

Bahaya Budaya kerja d Malaysia

What you give.. You Get Back.. Inilah falsafah asas dalam bermasyarakat... Kini ia kian terserlah kebenarannya. Wabak Selsema babi adalah contoh besar kepada lubang yang digali sendiri oleh Masyarakat Mexico yang terkenal pengguna babi yang bebas tanpa ladang tersusun. Sekiranya anda ke Mexico anda boleh lihat babi berkeliaran bebas sebagaimana ayam di kampung-kampung persekitaran mereka.

Keadaan ini boleh juga dilihat di Sabah dan Sarawak di persekitaran penduduk pribumi Dayak atau Murut atau Kadazan yang menjadi pengguna babi.

Demi kerana menjaga industri pelancongan yang memberi pulangan jutaan dollar.. wabak ini cuba di rahsiakan hingga pihak WHO menegur dan menganggap GAGAL membendung wabak ini dari menjadi wabak Global.

Jika kita ingat semula, tentang kes tsunami 2004.. Jabatan Seismologi Thailand telah merahsiakan tentang pengetahuan mereka mengenai kemungkinan berlaku tsunami demi tidak mahu menjejaskan industri pelancongan di Negara mereka. Akibatnya beribu-ribu orang pelancong mati akibat darinya. Sedangkan tindakan seharusnya "early evacuation" dapat dilakukan jika mereka tidak merahsiakan.

Kini, wabak selsema Babi atau "swine flu" yang dulu pernah menghapuskan sesebuah etnik di Greek purba, Sedang melanda kembali menjadi Global... Adakah Malaysia boleh terselamat dengan menjadi Negara Islam pengeluar Babi terbesar di Asia Tenggara?

Menurut maklumat Dr Mah dari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/29/nation/20090429193202&sec=nation

"143 pig farms rearing about 430,000 pigs -- 58 farms in Kinta Valley, 20 in Kuala Kangsar and 32 in Batang Padang."

Apakah anda percaya dengan keupayaan negara kita membendung wabak selsema babi dengan budaya kerja memandang wang dalam membuat keputusan?

Kepimpinan yang melindungi keuntungan dari beban kepentingan rakyat??

Apa pun sebagai warga atau masyarakat berakal dan bertanggungjawab sila ambil langkah berjaga-jaga dan yang berakal dan bukannya masyarakat sekandang lembu yang hanya menanti masa untuk disembelih oleh pengembala(kepimpinan) yang hanya mahu mengambil untung dari ternakannya.

http://www.www-emergencyinfo.org/swineflu/?gclid=COersL7Kl5oCFVEwpAodUR649Q

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul