Saturday, April 18, 2009

Perancangan Blog Rasmi Ex SmVKK

pada 18 April 2009 lebih kurang jam 10 saya telah berbincang dengan syahril melalui YM tentang pembangunan blog rasmi Xsmvkk9192club.... Syahril mencadangkan agar blog ahazemanrtm ini ditukarkan nama kemudian dijadikan blog rasmi untuk ditunjukkan kepada pihak SMTKK, Blog ahazemanrtm bukanlah blog rasmi tetapi lebih kepada saya melayan syok sendiri sahaja... kerana semua urusan edit dan pengurusannya adalah sepenuhnya di bawah kuasa saya.

Saya mencadangkan agar Blog rasmi yang sedia ada dibaikpulih dengan memberi akaun bersama, Beri saya kuasa logging ke blog rasmi tersebut, jika perlukan bantuan saya mengadun blog supaya menjadi apa yang mereka tafsir sebagai memenuhi kehendak pelayar yang mencari maklumat tentang kawan2 yang ingin dijejak.....

Jika bersendirian maka tentulah wujud kerja syok sendiri semata-mata. Sewajarnya blog yang ingin dibangunkan kononnya sebagai rasmi dan kelihatan ada kelas tertentu. Tentu sahaja memerlukan gerak kerja berkumpulan yang tersusun rapi dan memenuhi aspirasi setiap ahli kumpulan ini.

Penglibatan yang kondusif secara berorganisasi dengan menubuhkan Unit IT atau Blog yang benar-benar jargon menganalisa keperluan ahli sehingga tidak jemu dilayari dan menghayati kenangan Silam yang meransang/inspirasi untuk menjadi keperluan untuk bersama lagi dengan rakan2 bekas pelajar sekolah itu.

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul