Saturday, May 2, 2009

Amaran buat Geng di Utara dan Pulau Pinang

Salam kawan2, mutakhir ini, Thailand telah disahkan ada warganya yang telah kena selsema babi yang belum ada vaksinnya lagi... sempadan jer tu... penyeberangan cara tak sah begitu mudah di sempadan siap ada lorong tikus tu...

Sehubungan itu, diharap berjaga-jaga sebab sebagai tambahan baru baru ini, ada seorang warga new zealand yg baru sampai di airport Pulau Pinang kena tahan sebab ada symptom selsema babi. dan sampel tersebut telah dihantar IMR KL...

Bayangkan penumpang lain yang dijangkiti tapi tidak ditahan tentu sahaja sedang berkeliaran. Penyakit ni biasalah berbeza orang tindakbalasnya.... Kenalah berjaga-jaga. Kena mula pakai tutup hidung daH kut!!!

Warga NZ tersebut umur pun dah 45 tahun tentu daya ketahanan lemah. belaiu tentu naik kapal terbang yang juga disertai banyak penumpang bernafas bersama dalam ruang terkurung tu !

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul