Sunday, August 30, 2009

Ignorance mentality of Malaysian

Simpang Ampat. Pulau Pinang 2009 August 30... Daya pemikiran "tidak peduli" kebanyakan penghuni di Negara Tercinta dapat dilihat dengan jelas bagaimana kesan H1N1 di mana akhirnya menjadi wabak yang sukar dicegah lagi.

Ianya seperti menanti Gelombang kedua wabak H1N1 yang akan datang selepas cuaca yang sesuai untuk virus itu membiak dengan melandanya El Nino. Kononnya kesannya lebih buruk dan menakutkan.

Mereka bagaikan hidup dalam mimpi, mengingkari seruan Al Qur'an dan hadits Nabi dalam menangani wabak. Melupai dengan asyik dengan hasutan syirik yang menakutkan.

Mereka dilalaikan dengan masalah-masalah keluarga yang berantakan akibat sikap ambil mudah mereka dengan Agama dan memilih cara hidup penuh mimpi yang selama ini membuai mereka. Kebahagiaan dibuai mimpi menyesatkan menyebabkan mereka ingin sering kembali muda dan berterusan menyalahkan taqdir. Sedikitpun tidak mengambil pelajaran.

Jika ada yang menegur mereka maka tindakan mereka sama seperti kaum-kaum terdahulu yang asyik mengabaikan teguran dan berkhayal dengan asyik dengan kebiasaan amalan-amalan kekarutan duniawi.

Apa yang mereka dapat dengan budaya penafian ini?

Mereka akan dapat keluarga yang hancur.

Mereka akan dapat penyakit lahiriah dan jasmaniah dengan tabiat pemakanan yg tidak terkawal.

mereka terus bermimpi tak jumpa penyelesaian bagi segala masalah mereka yang sedang hadapi.

Mereka akan merujuk jalan-jalan yang lagi menyesatkan diri mereka sendiri.

Ibadat dan Adat tak dapat dibezakan lagi.

Apakah kita mengira.. Allah akan membiarkan pengakuan beriman kita tanpa diuji. lalu kita merasakan cukup bagus atau cukup baik sehingga menyelamatkan diri mereka dari azab api neraka ke atas dosa-dosa kebodohan kita selama ini?

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul