Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rosul

Marilah kita berselawat ke atas junjuangan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah menunaikan amanah Allah.

Amanah Allah yang merupakan rahmat kepada seluruh ummah. Rahmat dan panduan ini kelaknya menjadi nikmat kepada iman dan Islam yang membimbing kita kepada satu cara hidup yang diredhai Allah. Pencipta dan Pentadbir alam ini.

Kerja Nabi ini walaupun diberi ganjaran dan balasan pahala yang amat agong oleh Allah, Namun nikmat beriman dan menjadi orang Islam yang Tawadhuk serta ketenangan jiwa dan perasaan melalui sunnah ritual ibadat dari ketetapan tuhan, tidak akan dapat kita bayar biarpun nyawa dan jasad dikorbankan. Ini kerana itu bukan caranya.

Kita berdiri, jari jemari menari menaip patah-patah perkataan dengan penuh niat agar menjadi ayat-ayat yang menyedarkan diri kita betapa bertuahnya kita diberi Iman dan Islam. Sedangkan seggala ketaqwaan amalan ritual kita semuanya dari kekuatan dan keizinan Allah yang maha pengasihani.

Mari kita syukuri segala nikmat sementara ini, dengan bersatu hati dan berkerja kuat untuk diri kita yang akan mati menenui Allah. Mari kita memerah segala kekuatan dari segala yang kita mampu merancang dan berkerjasama untuk Islam. Salam Salawat ke atas Muhammad Solaallahu 'alaihi wassalam.

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul