Thursday, February 5, 2009

adakah mungkin MB Perak baru ini?

ADUN Pangkor, YB DATO’ DR ZAMBRY BIN ABDUL KADIR, 47 nama popular disebut bakal dipilih oleh Umno Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Populariti Zambry memandangkan beberapa faktor seperti Latar belakang Akademik yang agak boleh dibanggakan di Kalangan Adun UMNO. Boleh dilihat dari nama gelaran. Senarai Adun sedia ada juga boleh dilihat di Senarai adun BN 2008

Beliau adalah Exco semasa kerajaan BN dibawah pimpinan Mohd Tajol Rosli Ghazali dulu. Beliau juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan anggota Exco Pemuda Umno Malaysia.

Dalam sejarah politiknya Zambry merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas Timbalan Presiden Umno, Anwar Ibrahim. Di era reformasi beliau juga termasuk salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana aktiviti menyokong Anwar.


Minat dan sokongannya kepada Anwar berubah dengan tiba-tiba selepas beliau bebas dari ISA. ISA telah memberi dimensi dan pengenalan politik baru kepada tokoh yang keanwaran ini.


Kelulusan akademik juga menarik. Beliau seorang lulusan Phd dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sultan Perak yang berlatar belakangkan akademik yang baik tentu akan memilih beliau berbanding calon adun adun yang lain yang agak kurang bijak dan berketrampilan dalam bidang ilmiah atau akademik. ini boleh dilihat sebagaimana Nizar yang dipandang Sultan Perak.

Sikapnya yang menetang arus perdana juga dapat dilihat pernah tampil dalam majlis yang dihoskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Ipoh Perak dalam rangka usaha awal bekas Menteri Kewangan itu mencari sokongan untuk mendapat pencalonan sebagai Presiden Umno.


Kehadiran beliau itu dilihat sebagai berilmiah dan berakademik kerana jarang pemimpin bahagian yang bermentaliti pak turut atau kurang berpendidikan bersedia hadir ke majlis yang dihoskan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar kebiasaan atau trend semasa yang mendapat sokongan media perdana.


Bagaimana pun beberapa nama lain turut sama disebut kemungkinan akan dipilih bagi menggantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin. Antara nama-nama itu termasuk Ramly Zahary Adun Manong yang juga Ketua Bahagian Umno Kuala Kangsar. Selain itu nama Wan Khairil Anuar Adun Bukit Candan yang juga timbalan Ketua Umno Kuala Kangsar turut sama disebut. Kedua-dua nama tersebut adalah kelihatan biasa sahaja tanpa kaliber latarbelakang yang boleh mencabar wibawa YB DATO’ DR ZAMBRY BIN ABDUL KADIR. Pencabar terdekatnya ialah YB KAPT (B) DATO’ HAJI MOHD NAJMUDDIN BIN HAJI ELIAS, Adun Batu Kurau. Namun begitu Latarbelakang tentera tentulah tidak bukan citarasa Sultan Azlan Shah.. Raja yang berpendidikan dan berlatarbelakangkan kerjaya akademik perundangan yang cermerlang.


Apapun akhir kata Daulat Tuanku.. Selamat menyambut Jubli Perak yang mencabar untuk Tuanku memelihara keamanan di Perak ini. Dari Golongan Taasub dan Taajub pada Parti

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul