Saturday, November 15, 2008

Kad jemputan ke Reunion SMVKK Padang Rengas 9192




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan rasa penuh hormat, pihak kami ingin menjemput :

__________________________________________________

Ke Majlis Reunion Rasmi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar
Sesi 1991/1992. Perjumpaan yang julung kalinya ini (setelah 16 tahun meninggalkan sekolah), akan diadakan seperti berikut :

Tempat : Dewan Makan Aspuri Sek. Men. Teknik Kuala Kangsar (Dahulunya SMVKK), Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 13 Disember 2008 (Sabtu)

Masa : 8:30 - 10.00 pagi hingga 7.00 petang (Tambahan: Ucapan Pengarah SMTKK)


Aturcara Majlis :
  8:00 pagi - Ucapan alu-aluan pengarah SMTKK semasa
10.00 pagi - Ketibaan Semua Bekas Pelajar, Pendaftaran dan Minum Pagi.
11.30 pagi - Ucapan Aluan, Ucapan Pengetua SMTKK, Ucapan Bekas Pengetua, Penyampaian Cenderahati Untuk Guru-Guru, Sesi Bergambar dan Majlis Ramah Mesra.

12.45 tghari - Makan Tengahari.
1.30 ptg - Solat Zohor.
2.00 ptg - Mesyuarat Untuk Perancangan Reunion / Family Day seterusnya.
3.45 ptg - Lawatan ke Sekolah dan Asrama.
5.15 ptg - Solat Asar.
5.45 ptg - Jamuan Petang, Cabutan Bertuah dan Majlis Perpisahan.
7.00 ptg - Majlis Bersurai.

* Yuran Pendaftaran RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi tujuan untuk Dokumentasi Data, Makan dan Minum, Video, Buku Info/Kenangan dan Doorgift. (Video & Buku akan dihantar melalui pos).

* TIDAK DIGALAKKAN membawa pasangan dan keluarga.

* Dorm Lelaki dan Perempuan (Aspura/Aspuri) disediakan kepada sesiapa yang mahu bermalam pada 12/12 atau selepas majlis 13/12.

* Digalakkan datang secara konvoi atau berkongsi kereta untuk menjimatkan kos.

Sesiapa yang berminat menyumbang hadiah untuk acara cabutan bertuah, adalah amat dialu-alukan. Sila sebarkan kepada rakan-rakan lain yang masih belum mengetahui.

Kehadiran anda sangat-sangat dinanti-nantikan oleh rakan-rakan dan guru-guru kita.
Semoga tidak keberatan dan dapat melapangkan masa.

Terima kasih.

Sebarang pertanyaan lanjut dan pengesahan kehadiran sila hubungi / sms ;
Zaini (Along BAK)-019-517 5370, Syahrul Azwan (Wan KL Auto)- 013-347 4800, Rizauhddin (Din PPU)-012-424 3110

No comments:

Post a Comment

Reunion 13 Disember 2008 - snap by shaharul