
Semasa kitorang dalam nak dekat 2-3 bulan nak SPMV 1992... sorang Kawan kita tiba tiba jadi bodoh. Ajak ke surau.. kata nak pergi, tapi tak gerak-gerak, Aku pun cerita pada Asman Adnan BB tentang kawan kita sorang ni... cadang nak bacakan yassin atau apa-apa jer kononnya nak ngubatkannya. Dia ni si Dongok ni suka geletek orang atau mengusik orang dalam keceriaan hidupnya.
Pastu, kitorang bawak la si dongok BB ni p surau semasa lepas 'Isya. aku dan asman pun bacakan yassin sama-sama. bila aku pegang tangan dongok dengan lembut, masa baca yassin tiba tiba ia mengelupur dan seperti tidak selesa. matanya memandang aku dengan penuh marah serta seperti kesakitan. kemerah-merahan bola mata hitamnya. Asman pun menghentikan bacaan dan melarang aku menyentuh Dongok.
So, kitorang jadi saspen... x jadi la nak ngubatkan Dongok BB yang berasal dari pasir puteh tu. Pakat balik Dorm.. besoknya ada seorang kawan aku dari kursus BB jugak sound aku yang dia yang hantar jin ke tengkok Dongok BB tu. Sejak tu baru ku tau yang dia ni ada saka. hish saspen betul... x sangka baru 16 -17 tahun dah bela jin setan. Dia dapat dari nenek nya. Aku pun dengar jer... pastu x mau cari pasai ler..
Sudahnya Dongok ambil cuti panjang dan berubat di Kampungnya...
No comments:
Post a Comment